Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Wednesday, 20 December 2017

Borang kaji selidik EKSA JUPEM Johor

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan dan semua pegawai dibawah seliaan masing-masing dapat meluangkan masa untuk melengkapkan BORANG KAJI SELIDIK EKSA JUPEM JOHOR untuk tujuan mengetahui tahap kepuasan dan impak pelaksanaan di kalangan pegawai yang bekerja di Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor.

3. Maklumbalas ini amat berguna untuk melaksanaakan penambahbaikan terhadap keperluan pegawai demi meningkatkan mutu perkhidmatan di Jabatan Ini. Maklumat yang dibekalkan adalah RAHSIA.

Sekian, terima kasih.

https://docs.google.com/forms/d/1oEvjsl6-JXQWGvg6Vs1KE3TuGcnRfjtiwzFeK8CCvqw/edit?usp=drive_web

*mohon buka pautan ini menggunakan Google Chrome sahaja

“Persekitaran Kondusif Warga Produktif”

JAWATANKUASA PROMOSI
b.p. JAWATANKUASA EKSA JUPEM
JOHOR

Laman Blog: http://eksajupemjohor.blogspot.my/
Laman FB: https://www.facebook.com/EKSAJUPEMJohor/

Saturday, 16 December 2017

Poster Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 4/2017

Poster Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 4/2017. Sila klik pada poster untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Thursday, 7 December 2017

Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor

Bersempena JUPEM JOHOR ke arah persijilan EKSA, Jawatankuasa Induk EKSA JUPEM Johor akan menganjurkan "Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor" yang bermula pada 7 Disember 2017 sehingga 15 Januari 2018. 

Terdapat lima (5) pertandingan yang akan dipertandingkan iaitu:-
  • Amalan Zon EKSA Terbaik
  • Bilik Pejabat Terbaik
  • Amalan Hijau Terbaik
  • Sudut Zon EKSA Terbaik
  • Sudut Go Green atau Amalan Hijau


Disertakan syarat-syarat Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor DISINI

Sunday, 6 August 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 8/2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 8/2017


Kertas
Surat khabar, majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas komputer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil, kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.

Plastik
Botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botol syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, beg plastik, bekas ais krim dan lain-lain jenis plastik.

Tin aluminium/besi/logam lain
Tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya;

Kaca/Seramik
Botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.

Sisa elektrik/barang elektrik kecil
Bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.

Bagi komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang ditetapkan di Sudut Go Green setiap Zon EKSA. Melalui penerapan dan pembudayaan amalan 3R (Reuce, Reduse & Recycle) dan pengasingan sisa pepejal ini adalah diharapkan masyarakat akan menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan mentah asli dalam pembuatan sesuatu produk.

Ini secara tidak langsung akan dapat memastikan sumber-sumber alam semulajadi diuruskan secara bijak dan lestari demi kebaikan generasi masa hadapan serta alam sekitar.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan pengasingan sisa pepejal dan 3R di Pejabat JUPEM Johor!

Tuesday, 18 July 2017

Audit Silang EKSA daripada Jabatan Penjara Johor


Sukacita dimaklumkan satu sesi Audit Silang EKSA akan berlangsung di JUPEM Johor pada 24 hingga 25 Julai 2017 bagi tujuan persediaan untuk Pensijilan EKSA oleh MAMPU yang dijangka akan berlangsung pada masa terdekat.

Sesi pengauditan ini akan diketuai oleh Pn. Raha binti Jawahir, Juruaudit (Champian EKSA) daripada Jabatan Penjara Negeri Johor. Beliau akan mengadakan sesi lawatan dan audit ke Zon Pulau Lang (PUD Johor Tengah) di Batu Pahat pada 24 Julai 2017 dan seterunya ke Zon Pulau Dayang, Zon Pulau Aur dan Zon Pulau Rawa (Ibu Pejabat JUPEM Johor) di Johor Bahru pada 25 Julai 2017.

Sehubungan itu, semua warga EKSA JUPEM Johor dipinta membuat persiapan dan memberi kerjasama sepanjang sesi pra audit tersebut. Perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday, 17 July 2017

Ke Arah Pensijilan EKSA



Pengurusan Tertinggi Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor telah bersetuju untuk beralih daripada Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S), MPC kepada Pensijilan EKSA oleh (MAMPU) mulai tahun 2017.

Monday, 10 July 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 7/2017



Selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 di bawah perkara 7 serta saranan YAB Perdana Menteri supaya semua bangunan dan premis Kerajaan melaksanakan dasar penjimatan sebanyak 5% pada kos utiliti, KeTTHA telah menyediakan garis panduan yang perlu diamalkan oleh semua warga penjawat awam dalam menyokong usaha penjimat tersebut. Para 3.2 - Penghawa Dingin di dalam Panduan Kecekapan Penggunaan Tenaga di Pejabat telah mengariskan:
  • Padamkan sistem split unit (jika meninggalkan bilik untuk tempoh melebihi 2 jam); 
  • Padamkan sistem penghawa dingin bilik mesyuarat selepas digunakan; 
  • Kurangkan waktu operasi sistem; 
  • Selaraskan suhu ke paras yang disarankan iaitu 24-25 darjah celcius; 
  • Selaraskan suhu ruang koridor dan lobi supaya lebih tinggi daripada sihi sekitar pejabat; dan 
  • Elakkan kemasukan udara luar yang panas dan lembap dengan periksa punca berlakunya kebocoran udara luar dan guna penebat untuk mengurangkan kemasukan haba cahaya matahari terus ke dalam bangunan. 
Sebagai warga EKSA yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan tersebut.