Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Thursday 8 December 2016

Kempen JOM LIKE Page

Satu kempen JOM Like Page JUPEM Johor.

Kempen ini dibuat adalah untuk menggalakkan mendapatkan info tentang EKSA JUPEM Johor dengan pantas.

Sila klik DISINI





Poster Kod Etika Pemakaian

Peraturan tentang etika pakaian pegawai awam semasa bertugas telah digariskan dalam peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 mengenai Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara Rasmi.

Monday 21 November 2016

Hari Inovasi dan Majlis Pelancaran EKSA JUPEM Johor

Hari Inovasi dan Majlis EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 21 November 2016 di Dewan Iskandar Puteri. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor.

Majlis bermula dengan sesi ceramah oleh Encik Hassan bin Sulaimi, Penolong Penguatkuasa SPRM Johor dengan tajuk "Cabaran Penjawat Awam dalam Melaksanakan Tugas Berintegriti Masakini".

Selepas jamuan ringan, program dan aktiviti Inovasi 2016 telah dimulakan dengan Tayangan Montaj Program Inovasi 2016 dan diikuti dengan Taklimat Ringkas Projek KIK JUPEM Johor yang disampaikan oleh Ketua Kumpulan KIK, Encik Fahmi bin Azhari.

Seterusnya, Majlis Pelancaran EKSA JUPEM Johor yang dirasmikan oleh YBrs. PUPN turut diadalah. Majlis seterusnya diikuti dengan Penyampaian Dokumen EKSA oleh Tuan PUPN kepada Ketua Zon.


Majlis diakhiri dengan sesi Penyampaian Anugerah PUPN, Seksyen/Pejabat Ukur Daerah Terbaik, Anugerah dan Hadiah Pertandingan Inovasi serta Penyerahan Rasmi Kenderaan Jabatan kepada Pejabat Ukur Daerah. Majlis tersebut bersurai tepat pada jam 11.30 pagi.


Tuesday 25 October 2016

Pengundian Logo EKSA JUPEM Johor

Pengundian Logo EKSA JUPEM Johor


JUPEM Johor dalam usaha untuk mendapatkan Pensijilan EKSA pada awal tahun 2017 di mana pelbagai kegiatan dan aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan. Bagi tujuan itu, satu sesi pengundian logo EKSA akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Oktober 2016
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Iskandar Puteri/PUD
Penglibatan : Semua warga JUPEM Johor