Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Tuesday 18 July 2017

Audit Silang EKSA daripada Jabatan Penjara Johor


Sukacita dimaklumkan satu sesi Audit Silang EKSA akan berlangsung di JUPEM Johor pada 24 hingga 25 Julai 2017 bagi tujuan persediaan untuk Pensijilan EKSA oleh MAMPU yang dijangka akan berlangsung pada masa terdekat.

Sesi pengauditan ini akan diketuai oleh Pn. Raha binti Jawahir, Juruaudit (Champian EKSA) daripada Jabatan Penjara Negeri Johor. Beliau akan mengadakan sesi lawatan dan audit ke Zon Pulau Lang (PUD Johor Tengah) di Batu Pahat pada 24 Julai 2017 dan seterunya ke Zon Pulau Dayang, Zon Pulau Aur dan Zon Pulau Rawa (Ibu Pejabat JUPEM Johor) di Johor Bahru pada 25 Julai 2017.

Sehubungan itu, semua warga EKSA JUPEM Johor dipinta membuat persiapan dan memberi kerjasama sepanjang sesi pra audit tersebut. Perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday 17 July 2017

Ke Arah Pensijilan EKSA



Pengurusan Tertinggi Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor telah bersetuju untuk beralih daripada Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S), MPC kepada Pensijilan EKSA oleh (MAMPU) mulai tahun 2017.

Monday 10 July 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 7/2017



Selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 di bawah perkara 7 serta saranan YAB Perdana Menteri supaya semua bangunan dan premis Kerajaan melaksanakan dasar penjimatan sebanyak 5% pada kos utiliti, KeTTHA telah menyediakan garis panduan yang perlu diamalkan oleh semua warga penjawat awam dalam menyokong usaha penjimat tersebut. Para 3.2 - Penghawa Dingin di dalam Panduan Kecekapan Penggunaan Tenaga di Pejabat telah mengariskan:
  • Padamkan sistem split unit (jika meninggalkan bilik untuk tempoh melebihi 2 jam); 
  • Padamkan sistem penghawa dingin bilik mesyuarat selepas digunakan; 
  • Kurangkan waktu operasi sistem; 
  • Selaraskan suhu ke paras yang disarankan iaitu 24-25 darjah celcius; 
  • Selaraskan suhu ruang koridor dan lobi supaya lebih tinggi daripada sihi sekitar pejabat; dan 
  • Elakkan kemasukan udara luar yang panas dan lembap dengan periksa punca berlakunya kebocoran udara luar dan guna penebat untuk mengurangkan kemasukan haba cahaya matahari terus ke dalam bangunan. 
Sebagai warga EKSA yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan tersebut.