Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Monday, 10 July 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 7/2017



Selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 di bawah perkara 7 serta saranan YAB Perdana Menteri supaya semua bangunan dan premis Kerajaan melaksanakan dasar penjimatan sebanyak 5% pada kos utiliti, KeTTHA telah menyediakan garis panduan yang perlu diamalkan oleh semua warga penjawat awam dalam menyokong usaha penjimat tersebut. Para 3.2 - Penghawa Dingin di dalam Panduan Kecekapan Penggunaan Tenaga di Pejabat telah mengariskan:
  • Padamkan sistem split unit (jika meninggalkan bilik untuk tempoh melebihi 2 jam); 
  • Padamkan sistem penghawa dingin bilik mesyuarat selepas digunakan; 
  • Kurangkan waktu operasi sistem; 
  • Selaraskan suhu ke paras yang disarankan iaitu 24-25 darjah celcius; 
  • Selaraskan suhu ruang koridor dan lobi supaya lebih tinggi daripada sihi sekitar pejabat; dan 
  • Elakkan kemasukan udara luar yang panas dan lembap dengan periksa punca berlakunya kebocoran udara luar dan guna penebat untuk mengurangkan kemasukan haba cahaya matahari terus ke dalam bangunan. 
Sebagai warga EKSA yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan tersebut.

Wednesday, 7 June 2017

Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Penerangan Johor

Seramai 15 wakil dari Jawatankuasa EKSA JUPEM Johor telah menghadiri Lawatan Penanda Aras Ke Jabatan Perangkaan (Statistik) Negeri Johor yang bertempat di Tingkat 8, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru pada 7 Jun 2017.


Rombongan EKSA JUPEM Johor diketuai oleh En. Fahmi bin Azahari, Ketua J/K Latihan. Objektif dan misi utama bagi lawatan sambil belajar kali ini lebih berbentuk perkongsian ilmu EKSA daripada Jabatan Perangkaan kepada ahli-ahli jawatankuasa EKSA JUPEM Johor bagi menghadapi Audit EKSA buat kali pertama daripada pasukanjuruaudit MAMPU.

Untuk melihat gambar-gambar aktiviti tersebut, sila klik DISINI

Monday, 5 June 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 6/2017




Bagi menghasilkan satu tan (1,000kg) kertas, sebanyak 17 batang pokok perlu ditebang. Hutan kita akan PUPUS jika kita tidak memulakan langkah penjamatan kertas dan amalkan aktiviti kitar semula.

Sebagai warga EKSA yang bertanggungjawab, kita seharusnya mengamalkan amalan seperti berikut:
  • Mencetak atau membuat salinan dokumen sekiranya perlu sahaja; 
  • Mencetak menggunakan kedua-dua belah mukasurat; 
  • Menggunakan kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak rasmi; 
  • Mengginakan sepenuhnya sistem aplikasi secara 'online' untuk mengurangkan penggunaan kertas; dan
  • Menggunakan mel elektronik (emel) untuk urusan rasmi.

Monday, 8 May 2017

Sunday, 7 May 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 5/2017


Penjimatan Air merupakan TANGGUNGJAWAB kita bersama. Kita seharusnya:
  • Mengawal penggunaan air dan sentiasa berjimat cermat; 
  • Memastikan paip air ditutup rapat setelah digunakan; 
  • Menggunakan 'flush' sekiranya perlu sahaja; dan
  • Memaklumkan pihak berkenaan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran. 

Thursday, 13 April 2017

Sunday, 9 April 2017