Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan dan semua pegawai dibawah seliaan masing-masing dapat meluangkan masa untuk melengkapkan BORANG KAJI SELIDIK EKSA JUPEM JOHOR untuk tujuan mengetahui tahap kepuasan dan impak pelaksanaan di kalangan pegawai yang bekerja di Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor.
3. Maklumbalas ini amat berguna untuk melaksanaakan penambahbaikan terhadap keperluan pegawai demi meningkatkan mutu perkhidmatan di Jabatan Ini. Maklumat yang dibekalkan adalah RAHSIA.
Sekian, terima kasih.
https://docs.google.com/forms/d/1oEvjsl6-JXQWGvg6Vs1KE3TuGcnRfjtiwzFeK8CCvqw/edit?usp=drive_web
*mohon buka pautan ini menggunakan Google Chrome sahaja
“Persekitaran Kondusif Warga Produktif”
JAWATANKUASA PROMOSI
b.p. JAWATANKUASA EKSA JUPEM
JOHOR
Laman Blog: http://eksajupemjohor.blogspot.my/
Laman FB: https://www.facebook.com/EKSAJUPEMJohor/
EKSA JUPEM Johor, EKSA, Ekosistem Kondusif Sektor Awam, JUPEM, EKSA Promosi
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Wednesday, 20 December 2017
Saturday, 16 December 2017
Poster Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 4/2017
Poster Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 4/2017. Sila klik pada poster untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.
Thursday, 7 December 2017
Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor
Bersempena JUPEM JOHOR ke arah persijilan EKSA, Jawatankuasa Induk EKSA JUPEM Johor akan menganjurkan "Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor" yang bermula pada 7 Disember 2017 sehingga 15 Januari 2018.
Terdapat lima (5) pertandingan yang akan dipertandingkan iaitu:-
- Amalan Zon EKSA Terbaik
- Bilik Pejabat Terbaik
- Amalan Hijau Terbaik
- Sudut Zon EKSA Terbaik
- Sudut Go Green atau Amalan Hijau
Disertakan syarat-syarat Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor DISINI
Sunday, 6 August 2017
Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 8/2017
Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 8/2017
Kertas
Surat khabar, majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas komputer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil, kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
Plastik
Botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botol syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, beg plastik, bekas ais krim dan lain-lain jenis plastik.
Tin aluminium/besi/logam lain
Tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya;
Kaca/Seramik
Botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
Sisa elektrik/barang elektrik kecil
Bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
Bagi komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang ditetapkan di Sudut Go Green setiap Zon EKSA. Melalui penerapan dan pembudayaan amalan 3R (Reuce, Reduse & Recycle) dan pengasingan sisa pepejal ini adalah diharapkan masyarakat akan menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan mentah asli dalam pembuatan sesuatu produk.
Ini secara tidak langsung akan dapat memastikan sumber-sumber alam semulajadi diuruskan secara bijak dan lestari demi kebaikan generasi masa hadapan serta alam sekitar.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan pengasingan sisa pepejal dan 3R di Pejabat JUPEM Johor!

Tuesday, 18 July 2017
Audit Silang EKSA daripada Jabatan Penjara Johor
Sesi pengauditan ini akan diketuai oleh Pn. Raha binti Jawahir, Juruaudit (Champian EKSA) daripada Jabatan Penjara Negeri Johor. Beliau akan mengadakan sesi lawatan dan audit ke Zon Pulau Lang (PUD Johor Tengah) di Batu Pahat pada 24 Julai 2017 dan seterunya ke Zon Pulau Dayang, Zon Pulau Aur dan Zon Pulau Rawa (Ibu Pejabat JUPEM Johor) di Johor Bahru pada 25 Julai 2017.
Sehubungan itu, semua warga EKSA JUPEM Johor dipinta membuat persiapan dan memberi kerjasama sepanjang sesi pra audit tersebut. Perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Monday, 17 July 2017
Ke Arah Pensijilan EKSA
Monday, 10 July 2017
Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 7/2017
- Padamkan sistem split unit (jika meninggalkan bilik untuk tempoh melebihi 2 jam);
- Padamkan sistem penghawa dingin bilik mesyuarat selepas digunakan;
- Kurangkan waktu operasi sistem;
- Selaraskan suhu ke paras yang disarankan iaitu 24-25 darjah celcius;
- Selaraskan suhu ruang koridor dan lobi supaya lebih tinggi daripada sihi sekitar pejabat; dan
- Elakkan kemasukan udara luar yang panas dan lembap dengan periksa punca berlakunya kebocoran udara luar dan guna penebat untuk mengurangkan kemasukan haba cahaya matahari terus ke dalam bangunan.
Wednesday, 7 June 2017
Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Penerangan Johor
Seramai 15 wakil dari Jawatankuasa EKSA JUPEM Johor telah menghadiri Lawatan Penanda Aras Ke Jabatan Perangkaan (Statistik) Negeri Johor yang bertempat di Tingkat 8, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru pada 7 Jun 2017.
Rombongan EKSA JUPEM Johor diketuai oleh En. Fahmi bin Azahari, Ketua J/K Latihan. Objektif dan misi utama bagi lawatan sambil belajar kali ini lebih berbentuk perkongsian ilmu EKSA daripada Jabatan Perangkaan kepada ahli-ahli jawatankuasa EKSA JUPEM Johor bagi menghadapi Audit EKSA buat kali pertama daripada pasukanjuruaudit MAMPU.
Untuk melihat gambar-gambar aktiviti tersebut, sila klik DISINI

Monday, 5 June 2017
Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 6/2017
Bagi menghasilkan satu tan (1,000kg) kertas, sebanyak 17 batang pokok perlu ditebang. Hutan kita akan PUPUS jika kita tidak memulakan langkah penjamatan kertas dan amalkan aktiviti kitar semula.
Sebagai warga EKSA yang bertanggungjawab, kita seharusnya mengamalkan amalan seperti berikut:
- Mencetak atau membuat salinan dokumen sekiranya perlu sahaja;
- Mencetak menggunakan kedua-dua belah mukasurat;
- Menggunakan kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak rasmi;
- Mengginakan sepenuhnya sistem aplikasi secara 'online' untuk mengurangkan penggunaan kertas; dan
- Menggunakan mel elektronik (emel) untuk urusan rasmi.
Monday, 8 May 2017
Sunday, 7 May 2017
Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 5/2017
Penjimatan Air merupakan TANGGUNGJAWAB kita bersama. Kita seharusnya:
- Mengawal penggunaan air dan sentiasa berjimat cermat;
- Memastikan paip air ditutup rapat setelah digunakan;
- Menggunakan 'flush' sekiranya perlu sahaja; dan
- Memaklumkan pihak berkenaan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran.
Thursday, 13 April 2017
Sunday, 9 April 2017
Tuesday, 7 March 2017
Friday, 10 February 2017
Pertandingan Kuiz Online Amalan EKSA
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Kuiz Online Amalan EKSA JUPEM Johor akan diadakan mulai 12 Februari (jam 1000) hingga 16 Februari (jam 1700) menerusi GOOGLE_FORM yang disediakan (Laman tersebut hanya akan diaktifkan pada tepat jam 1000 ~ 12 Februari 2017).
Wednesday, 8 February 2017
Amanat Tahun Baharu 2017
Bersempena majlis tersebut, YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor juga menyempurnakan Majlis Perpisahan bagi Pegawai Bersara dan Bakal Pesara dengan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pegawai pesara tahun 2017 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada Perkhidmatan Awam dan khususnya JUPEM Johor.
Di penghujung Majlis yang sama, YBrs. PUPN turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli-Ahli MBJ JUPEM Johor Sesi 2015-2016 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka.
Monday, 23 January 2017
Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Siri 1/2017
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Audit EKSA JUPEM Johor akan mengadakan proses Audit Dalaman Eksa Siri 1/2017 pada 23 dan 24 Januari 2017 di Ibu Pejabat JUPEM Johor dan keempat-empat Pejabat Ukur Daerah.
Tuesday, 17 January 2017
Sesi Taklimat Pengenalan kepada Blog EKSA JUPEM Johor
Sesi Taklimat Pengenalan Kepada Blog EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 17 Januari 2017 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Tingkat 9, Blok A, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, cara membuat blog, (domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video dan lain-lain lagi). Pn. Ida Kamilia binti Mudzakir daripada Jawatankuasa Promosi telah menyampaikan teknik-teknik asas blogging kepada wakil-wakil Zon/Jawatankuasa di JUPEM Johor. Seramai 27 peserta daripada JUPEM Johor telah mengikuti sesi pembelajaran berkenaan.
Sesi taklimat ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi JUPEM Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JUPEM Johor.

Monday, 16 January 2017
Wednesday, 11 January 2017
Sesi Outreach
Jawatankuasa EKSA JUPEM Johor telah menganjurkan sesi outreach ke setiap Zon EKSA di semua Seksyen dan keempat-empat Pejabat Ukur Daerah di JUPEM Johor untuk memberi taklimat dan penerangan dalam melancarkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti EKSA di jabatan.
Monday, 9 January 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)