Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Wednesday 8 February 2017

Amanat Tahun Baharu 2017

Majlis Amanat PUPN Tahun Baharu 2017 telah diadakan di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Seramai hampir 100 orang pegawai dan kakitangan JUPEM termasuk pegawai-pegawai ukur dari Pejabat-Pejabat Ukur Daerah dan wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor.


Bersempena majlis tersebut, YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor juga menyempurnakan Majlis Perpisahan bagi Pegawai Bersara dan Bakal Pesara dengan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pegawai pesara tahun 2017 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada Perkhidmatan Awam dan khususnya JUPEM Johor.

Di penghujung Majlis yang sama, YBrs. PUPN turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli-Ahli MBJ JUPEM Johor Sesi 2015-2016 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka.

No comments:

Post a Comment