Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Friday 10 February 2017

Pertandingan Kuiz Online Amalan EKSA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Kuiz Online Amalan EKSA JUPEM Johor akan diadakan mulai 12 Februari (jam 1000) hingga 16 Februari (jam 1700) menerusi GOOGLE_FORM yang disediakan (Laman tersebut hanya akan diaktifkan pada tepat jam 1000 ~ 12 Februari 2017).

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 2/2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 2/2017 dari Jawatankuasa Promosi.

Wednesday 8 February 2017

Amanat Tahun Baharu 2017

Majlis Amanat PUPN Tahun Baharu 2017 telah diadakan di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Seramai hampir 100 orang pegawai dan kakitangan JUPEM termasuk pegawai-pegawai ukur dari Pejabat-Pejabat Ukur Daerah dan wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor.


Bersempena majlis tersebut, YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor juga menyempurnakan Majlis Perpisahan bagi Pegawai Bersara dan Bakal Pesara dengan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pegawai pesara tahun 2017 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada Perkhidmatan Awam dan khususnya JUPEM Johor.

Di penghujung Majlis yang sama, YBrs. PUPN turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli-Ahli MBJ JUPEM Johor Sesi 2015-2016 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka.