Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Wednesday, 8 February 2017

Amanat Tahun Baharu 2017

Majlis Amanat PUPN Tahun Baharu 2017 telah diadakan di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Seramai hampir 100 orang pegawai dan kakitangan JUPEM termasuk pegawai-pegawai ukur dari Pejabat-Pejabat Ukur Daerah dan wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor.


Bersempena majlis tersebut, YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor juga menyempurnakan Majlis Perpisahan bagi Pegawai Bersara dan Bakal Pesara dengan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pegawai pesara tahun 2017 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada Perkhidmatan Awam dan khususnya JUPEM Johor.

Di penghujung Majlis yang sama, YBrs. PUPN turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli-Ahli MBJ JUPEM Johor Sesi 2015-2016 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka.

Monday, 23 January 2017

Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Siri 1/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Audit EKSA JUPEM Johor akan mengadakan proses Audit Dalaman Eksa Siri 1/2017 pada 23 dan 24 Januari 2017 di Ibu Pejabat JUPEM Johor dan keempat-empat Pejabat Ukur Daerah.

Tuesday, 17 January 2017

Program penyerahan gegantung EKSA JUPEM Johor

Sesi Taklimat Pengenalan kepada Blog EKSA JUPEM Johor

Sesi Taklimat Pengenalan Kepada Blog EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 17 Januari 2017 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Tingkat 9, Blok A, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.


Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, cara membuat blog, (domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video dan lain-lain lagi). Pn. Ida Kamilia binti Mudzakir daripada Jawatankuasa Promosi telah menyampaikan teknik-teknik asas blogging kepada wakil-wakil Zon/Jawatankuasa di JUPEM Johor. Seramai 27 peserta daripada JUPEM Johor telah mengikuti sesi pembelajaran berkenaan.

Sesi taklimat ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi JUPEM Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JUPEM Johor.

Monday, 16 January 2017

Wednesday, 11 January 2017

Sesi Outreach

Jawatankuasa EKSA JUPEM Johor telah menganjurkan sesi outreach ke setiap Zon EKSA di semua Seksyen dan keempat-empat Pejabat Ukur Daerah di JUPEM Johor untuk memberi taklimat dan penerangan dalam melancarkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti EKSA di jabatan.

Monday, 9 January 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 1/2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 1/2017 dari Jawatankuasa Promosi.